Menu

Dari Meja Pengarah

Takwim

:
Posted by azita on 23/04/2010 am (280 reads)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pegawai Akademik JPN dan PPD anjuran Bidang Teknik & Vokasional, Sektor Pengurusan Akademik akan diadakan pada 26 April 2010 bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara, Ipoh. Kursus ini akan dirasmikan oleh Tn Haji Rozi Bin Puteh Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Akademik. Semua pegawai akademik Jabatan Pelajaran Perak dan Pejabat Pelajaran Perak adalah dijemput hadir.


More releases in SPA

:
Posted by balkis on 01/02/2010 am (2351 reads)

Dimaklumkan pihak Jabatan Pelajaran Perak sedang dalam proses mengumpulkan maklumat kedudukan guru, murid dan kelas di semua sekolah rendah negeri Perak. Tujuan pengumpulan maklumat ini adalah untuk memastikan semua sekolah rendah boleh beroperasi dengan kedudukan guru, murid dan kelas yang ada.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan borang MKGMK31JAN untuk diisi oleh pihak sekolah. Borang yang telah dikemaskini oleh pihak sekolah hendaklah di hantar tanpa gagal kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (U.P. Penolong Pengarah PPD Sekolah Rendah) pada atau sebelum 10 Februari 2010.

Sekian, terima kasih.

Borang MKGMK31JAN


More releases in SPS

:
Posted by balkis on 15/04/2010 am (783 reads)

Kepada Semua Anggota Kumpulan Sokongan,

Jika lantikan tuan/puan pada tahun 2008 hingga bulan Mac 2009, belum lagi mengikuti kursus induksi, sila e-mel maklumat tuan/puan ke latihan_kemajuanstaf@hotmail.com. Berikut adalah senarai nama anggota kumpulan sokongan dalam rekod kami yang belum mengikuti kursus induksi.

Sekian, terima kasih.

Unit Latihan dan Kemajuan Staf
Jabatan Pelajaran Negeri Perak

Senarai Nama Anggota Kumpulan Sokongan Yang Belum Menghadiri Kursus Induksi


More releases in SK2P

:
Posted by zamhuri on 14/01/2010 pm (431 reads)
SPSPK

Assalamualaikum wrt.

Mohon kerjasama semua Penyelia Pendidikan Swasta untuk menghubungi Tadika-tadika yang belum menghadiri taklimat KSPK tempohari. Surat jemputan telah diedarkan kepada Tadika. Tuan-tuan diminta untuk mendapatkan maklumat berkenaan sebelum 21 Januari 2010. Sila maklumkan kepada saya untuk tindakan seterusnya. Terima Kasih.

Zamhuri Hj. Ahmad
Pen. Pengarah Pendidikan Swasta.
Jabatan Pelajaran Perak.


More releases in SPSPK

:
Posted by pauzi on 13/04/2010 pm (269 reads)

Program: Perkhemahan PL 2/10

Sekolah: SMK Raja Perempuan Kelsom, K. Kangsar.

Tarikh: 9 hingga 11 April 2010

Tempat: Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pelajaran Perak, 32300 PANGKOR.

Peserta: 50 orang murid perempuan

Guru Pengiring: 5 orang (2 Lelaki dan 3 Perempuan)

Jurulatih PKN: 8 orang (4 Lelaki dan 4 Perempuan)


More releases in SPK

:
Posted by balkis on 14/01/2010 am (444 reads)

Pada 29 - 30 Disember 2009 yang lalu telah berlangsung Hari Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.

Open in new window Open in new window

Kedua-dua Kumpulan KMK ( PRIME DAN CORE) JPN Perak telah menerima hadiah kemenangan mereka dalam Konvensyen KMK KPM pada Oktober lalu pada hari tersebut dari Timbalan Menteri Pelajaran.

Open in new window
Open in new window

Pada majlis tersebut juga JPN Perak telah menerima ANUGERAH KUALITI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kejayaan ini adalah hasil dari 2 anugerah yang diterima oleh SM Teknik Slim River iaitu naib Johan anugerah Inovasi dan Johan dalam Konvensyen KMK KPM.

Open in new window

Tahniah kepada SM Teknik Slim River dan SM Teknik Taiping kerana telah mengharumkan nama JPN Negeri Perak.


More releases in SJK

:
Posted by azlyna on 08/04/2010 pm (537 reads)

Pengetua/ Guru Besar/ Guru-guru
Sekolah-sekolah Negeri Perak


Tuan/Puan,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak akan diadakan pada 26 Mei 2010.

3. Untuk makluman sehingga tarikh tutup perncalonan pentadbiran ini tidak menerima banyak calon bagi kategori yang dipertandingkan. Oleh yang demikian, Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Anugerah Pemimpin dalam TMK dan Guru dalam TMK telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pencalonan anugerah tersebut sehingga 9 April 2010 (Jumaat).

Read More... | 1604 bytes more

More releases in SICT

:
Posted by mshah on 08/09/2009 pm (1235 reads)
SPI

Kertas Bahasa Arab (SK) - Bagi sekolah yang terlibat sahaja
Tarikh : 14 September 2009 (Isnin)
Jam : 8.30 pagi - 9.30 pagi

Kertas Pendidikan Islam - Bagi semua sekolah yang ada murid Islam Tahun 6 2009
Tarikh : 15 September 2009 (Selasa)
Jam : 8.30 pagi - 9.30 pagi

Kertas Pelajaran Jawi - Bagi semua sekolah yang ada murid Islam Tahun 6 2009
Tarikh : 15 September 2009 (Selasa)
Jam : 10.00 pagi - 11.00 pagi


More releases in SPI

:
Posted by balkis on 17/02/2010 am (553 reads)

Salam Sejahtera,

Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Tahun 2010, Program Ziarah Guru dan Bekas Guru uzur akan dilaksanakan di Daerah Kuala Kangsar pada Bulan Mei 2010.

Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling
Jabatan Pelajaran Perak.